Monday 27 February 2017

Kegelisahan hati .

Dalam laman ini hanyalah luahan kedua aku setelah Allah,

Hati dan imanku semakin hari semakin merundum dek kerana kesibukkan duniawi sehingga aku lupa yang aku cuma Allah yang wajib sewajibnya lebih adil dalam dunia dan akhirat ini. Mungkin ini dinamakan manusia yang sentiasa lupa dan alpa. Oleh yang demikian, seharusnya kita sentiasa berada di sekeliling orang yang tahu ilmu agama supaya kita sedar akan peringatan Allah dan bermunajatlah kepada Allah kerana tuhan-Ku yang satu.

Ku ingin sinar cahaya itu kembali lagi. Aku rindu saat itu, terlalu rindu sehingga sebak buatku. Mungkin aku tiada ilmu yang secukupnya tapi untuk menjadi Da'i tiada waktu untuk tunggu sempurna ilmu kerana ilmu terlalu luas dan ilmu boleh ditambah melalui pengalaman. Perit kehidupan adalah lumrah dan indahnya kehidupan juga lumrah cuma kita sahaja yang tidak nampak kerana manusia zaman sekarang kurang bersyukur dan selalu mencari titik kesalahan manusia lain, ini bermula dari pemikiran yang negatif dan sinis terhadap kebolehan sendiri tanpa berfikir yang kita ada agama yang dipandu oleh Al-Quran ,hadis serta ijma'ulama'